Sunday, May 8, 2011

SEMARAK API

Selain kucing diriku cukup sukakan pokok semarak api. Pokoknya memang unik. Selama bertahun-tahun jika sampai di satu tempat menghadap hutan tebal di atas lebuhraya, kepalaku secara automatik mesti mencarinya.  Pokok semarak api ini cukup unik.  Didalam hutan ia seperti raja. Merah menyala dan cantik sekali dikelilingi oleh pokok-pokok lain yang menjadi dayang-dayangnya. Ia cukup cantik tetapi tidak sombong seperti enau.

Sejak ibu dan ayah meninggal jarang aku depat melihatnya lagi. Baru-baru ini aku terperasankan pokok sepertinya di tepi jalanraya berdekatan rumahku.  Ia ke semarak api ni?  Betul-betul dekat pintu masuk sebuah 'nursery'.  Aku perasan ada beberapa pohon lagi di Kuala Lumpur. Pokok ni tinggi daripada yang tadi.  Ini mesti semarak api.  Sebab pokok semarak api memang tinggi. Bukan sembarangan pokok.  Ia raja di hutan belantara.  Suatu hari kenderaan yang aku naiki berhenti betul-betul di hadapan pokok ini.  Eh kenapa pulak daun dia macam tu.  Macam pokok belimbing buluh je.  Kecewa betul.  Sebab aku memang sukakan pokok ini.  Ada seorang kawan dia memang 'expert' pokok. Itu kerjanya iaitu senihias taman.  Ku suruh dia cari dan bonsaikan untuk ku. Terpinga-pinga dia. You biar betul katanya.  Itu pokok besar tu bukan biasa-biasa punya pokok ramai orang yang keliru.   Hari ini aku surf internet. Cari pokok semarak api.  Terkejut pulak pokok ni dah jadi pokok rasmi kawasan Sepang.  Sepang tu kan dekat laut.  Sesuai ke pokok tu hidup kat kawasan tu? Logik ke tak logik.  Apapun, lagi tak percayanya bila gambar daunnya sama seperti daun pokok belimbing buluh. Gambar pokok memang  tinggi macam pokok hutan belantara tetapi kenapa pulak daunnya macam tu?  Specis lain kot? Takkan lah!

Mari kita sama-sama tengok o.k.  

Pokok ni memang cantik dan istimewa.  Raja hutan.  Ramai yang gunakannya untuk tujuan-tujuan lain seperti nak into blog dan lain-lain hal.  Banyak keistemawaannya.  Bagi ku aku sukakan pokok ini sebab aku rasa benar-benar 'connected' bila melihatkan pokok.  Tercari-cari, terjengok-jengok, terbelek-belek, tertunggu-tunggu ingin melihatnya.  Satu perasaan anugerah tuhan yang amat halus. 

Rupa-rupanya binatang dan tumbuhan amat-amat menghiburkan dan amat-amat halus 'impact'nya ke atas jiwa manusia.  Cuba bayangkan sebarisan kucing-kucing comel dan sepuluh pohon semarak api di Kuala Lumpur pasti amat-amat cantik dan menghiburkan hati sebab Maha pencipta menciptakannya dengan seindah-indahnya untuk jiwa-jiwa yang tenang dan damai.

No comments:

Post a Comment