Hidup ini bukan milik kita langsung. Lain yang dirancang lain yang jadi. Apa pun syukur ke hadrat Illahi kerana kini aku telah bebas. Esok hari lain pulak. Hari hari yang lepas di tempat kerja lama ku jadi satu kenangan. Tak rugi apa-apa meninggalkan mereka. Biarlah mereka dengan cara mereka.
Syukurnya sebab aku nampak bertapa cantiknya aturan Allah s.w.t. Sebulan yang lepas aku terlelap lepas solat. Dapat pulak mimpi yang gayanya seperti satu alamat. Tak berapa elok jalannya. Seperti diatur satu demi satu terjadi seperti mimpi itu. Gerakan Allah melalui seorang teman pun terjadi juga. Selama sebulan dia asyik menyuruhku cari tempat lain. Aku cuba mengelak tetapi aturan Allah mana mungkin dielak. Seperti diatur alih-alih aku dah letak jawatan pun. Lain yang minda ku reka lain pulak gerakkan tanganku. Laju je menulis surat berhenti. Lega. Selalunya tindakanku bukan lagi tergesa-gesa macam dulu. Mudah-mudahan semuanya lebih baik. InshaAllah.
Esok nak solat hajat. Mohon Allah atur aku balik. Sebab yang baik semuanya datang daripadaNya. Esok aku ingin tatap pepohon rendang menari-nari di luar tingkap. Pepohon tu banyak yang sedang berbunga. Putih berseri-seri. Ada burung melompat-lompat. Kalau ada kamera canggih boleh tangkap gambar burung kuning tu. Cantiknya. Hai alam anugerah Allah hari-hari panoramamu tak sama. Setiap detik langit yang tidak bertiang itu mencorakkan keindahan lukisan alam ciptaan Pelukisnya. Yang Maha Esa. Syukur aku dapat menghayati ini semua. Ya Allah campakkanlah sepohon semarak api merah rimbun diluar jendelaku. Amin.
No comments:
Post a Comment